Sunday, 1 December 2013

Sejarah Permulaan Azan(Bang) dan Pengaruhnya ke atas umat manusia...


Kita semua ketahui bahawa azan adalah salah satu syiar Islam yang sentiasa dikumandang oleh setiap muazin di setiap Masjid , surau, madrasah dan tempat-tempat solat di seluruh dunia, samada di negara Islam atau negara bukan Islam.

Tetapi adakah kita tahu bilakah permulaan azan di mulakan dalam sejarah Islam.

Sejarahnya....

Setelah masjid Nabi berjaya didirikan di Kota Madinah. Semua orang Islam datang bersambahyang berjemaah di situ. Apabila masuk waktu sembahyang, timbul masalah bagaimana mahu memberitahu orang ramai, Ada cadangan menggunakan trompet bagi memanggil orang ramai datang sembahyang berjemaah di masjid namun cara itu tidak disukai Rasulullah keran meniru cara Yahudi.Ada Cadangan menbunyikan loceng itu pun tidak disukai Rasulullah.

Akhirnya datang Abdullah bin Zaid bin Tsa’labah lalu berkata,” Wahai Rasulullah, malam tadi saya bermimpi seorang lelaki berjalan mengelilingi saya. Dia memakai pakaian berwarna hijau dan membawa loceng.Saya bertanya, Apakah loceng itu mahu dijual?” Lelaki itu bertanya pula.” Awak mahu gunakan ia untuk apa?’. “ Mahu memanggil orang ramai sembahyang berjemaah” jawab saya. Lelaki itu bertanya lagi. Mahukah saya tunjukan cara yang lebih baik?” Lalu lelaki itu mengajar saya begini” Allahu akbar Allahu Akbar, Asyahadu an La ilaha illah, asyhadu anna Muhammadar Rasulullah, Haiya alas Solah, Haiya alal Falah, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Lailaha illallah”

Rasulullah pun berkata, “Itu mimpi yang benar. Datangi Bilal, beritahu halitu dan suruh dia mengumandangkan azan dengan kalimat-kalimat  itu kerana suaranya lebih nyaring daripada suaramu”.

Apabila Umar Al Khattab mendengar suara azan daripada Bilal, beliau segera menemui Rasulullah lalu berkata, “wahai Rasulullah, malam tadi saya bermimpi seperti yang saya dengar itu.”  
 
Nabi Muhammad mengucapkan alhamdulillah. Sejak itu bilal menjadi muazin di Masjid  Nabi. Apabila azan sembahyang subuh, Bilal menambah kalimah As solatu khairun Minan naum sebanyak dua kali dan Nabi Muhammad membenarkan. Sejak itu berkumandanglah suara Bilal setiap kali masuknya waktu sembahyang. Masjid itu akhir yang berjaya menyetukan umat Islam di Madinah.

Tahun bermulanya azan adalah tahun pertama Hijrah dan tempat bermulanya azan adalah di masjid Nabi yang di bina di tanah milik anak Yatim bernama Amru bin Ammarah di suatu tempat bernama Mirbah. Di sini adalah tempat berhentinya unta yang ditunggang oleh Rasulullah sewaktu mula-mula sampai ke Madinah. Masjid Nabi yang dibina dengan semangat Gotong Royong telah berjaya menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri dari pelbagai khabilah.

Suara Azan yang berkumandang sehingga ke hari ini, diazankan oleh Bilal-bilal telah menyatukan hati-hati mereka yang beriman, bertaqwa dan tawaduk.. bagi meneruskan kewajipan yang di tinggalkan oleh Rasulullah kepada umatNya..

Suara Azan telah mengajak umat manusia, meninggal segala kerja-kerja harian mereka untuk pergi mengingati Allah S.W.T untuk beberapa waktu@ketika.

Suara Azan telah mengajak manusia untuk membersihkan jiwa dari kekotoran dunia kepada keindahan Ilahi.

Suara Azan akan  terus berkumandang sehingga ke hari kaimat...

Suara Azan telah, sedang berkumandang untuk memilih mereka yang mempunyai jiwa taqwa dan diberi hidayah untuk menyahut seruanNya..
.
Lima waktu suara mu(Azan) berkumandang telah melatih jiwa-jiwa yang cintakan Allah S.W.T untuk tunduk, patuh dan berbakti serta meneruskan kesinambungan perjuangan Rasulullah sehingga hari kiamat..

Azan!! Engkau Kekal selama-lamanya.... dalam setiap hati sanubari mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya..

Azan!! Teliga setiap manusia  ini sebagai saksi mendengar mu di hadapan Allah S.W.T di akhirat nanti..

Azan! Engkaulah kehebatan syiar Islam, ketika ucapan lain tidak mampu diucapkan......

Sekian sejarah & kehebatan Azan untuk santapan setiap mereka yang beriman....

                                                                                                                                                              

No comments:

Post a Comment