Monday 26 August 2013

Kronologi Hidup Manusia.....

“Aku dilahir ke dunia dalam keadaan bersih, sebersih dan seputih salji, tidak terpalik kotoran dosa dan noda. Di sambutan laungan Azan di telinga kanan dan kiriku, Di jaga dalam kandungan ibu selama 9 bulan dengan penuh debaran serta kesusahan. Di sambut datang ke dunia dengan penuh gembira dan air mata. Di cukur kepala Aku dengan sambutan selawat dan salam kepada Junjungan Besar Rasulullah.Kedua ibu bapaku menjaga Aku dengan penuh kasih sayang, dengan penuh kemanjaan. Apa yang aku mahu di ikutinya, apa yang aku tangisi dijujuri,mereka menantangku dengan rela hati. Mereka rela berjaga malam, rela berpanas dan rela berhujan demi sesuap makanan untuk mengisi keperluan ku.
“ badanku dimandi oleh ibuku, pakaianku dicucinya dengan penuh kesusahan dan kesabaran. Ayahku sentiasa memerhati keadan kesihatanku. Dibuaikku dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.’’

Tidurku didodoikan, makanku dijaga, sakit demamku diubatinya. Masa usiaku tujuh tahun dihantarku ke sekolah, betapa gembiranya aku dapat ke sekolah, aku tidak memikirkan bagaimana susahnya ibu bapaku mencari rezeki dan wang untuk belanja persekolahanku. Aku hanya memikirkan apa yang aku perlu buat, apa yang aku perlu beli dan apa yang aku perlu makan. 

Dari mula aku dilahirkan hingga umurku tujuh tahun. Berapakah wang sudah ayahku belanjakan untuk ku? Banyak manakah masa yang telah ibuku luangkan untuk menjagaku? Banyak manakah sakit demamku telah diubatinya? Berapakah nilai pengorbanan ibubapaku terhadapku?

“ Tetapi kini……
Usiaku sudah remaja dan menjangkau dewasa serta menjangkau usia tua. Apalah baktiku terhadap kedua ibubapaku? Apalah jasaku….? Apalah balasanKu untuk orang tuaku…..? Apalah pergorbanaku untuk ibubapaku…? Adakah alam pekerjaan aku mengembirakan hati ibubapaku atau majikan ku….? Adakah aku berkerja bersungguh-sungguh untuk membantu meringankan beban rakan-rakan sekerjaku.?? Adakah aku menjadi contoh yang buruk kepada rakan –rakan ku?.

Pada usia ini dan masa yang masih ada, tanamlah cita-cita untuk berbakti dan berjasa kepada kedua ibubapa kita, Berjasalah kepada agama, berjasalah kepada negara dan yang teramat penting adalah berjasalah kepada diri sendiri.

“Moga-moga kita menjadi orang yang terbaik dari kalangan orang –orang yang terbaik budi perkertinya

Maksud ayat:

“ Bagaimana kamu wahai manusia boleh kufur {akan syariat Allah S.W.T} sedangkan sebelum ini kamu berada dalam keadaan mati(yakni belum dilahirkan kedunia) kemudian Allah S.W.T menghidupkan kamu, kemudian Allah S.W.T mematikan kamu, Kemudian Allah S.W.T menghidupkan kami kembali di hari Akhirat dan kemudian kamu akan dikembalikan dalam bentuk apa yang telah kamu kerjakan didunia dahulu"

No comments:

Post a Comment