Kita semua ketahui bahawa azan adalah salah satu syiar
Islam yang sentiasa dikumandang oleh setiap muazin di setiap Masjid , surau,
madrasah dan tempat-tempat solat di seluruh dunia, samada di negara Islam atau
negara bukan Islam.
Tetapi adakah kita tahu bilakah permulaan azan di mulakan
dalam sejarah Islam.
Sejarahnya....
Setelah masjid Nabi
berjaya didirikan di Kota Madinah. Semua orang Islam datang bersambahyang
berjemaah di situ. Apabila masuk waktu sembahyang, timbul masalah bagaimana
mahu memberitahu orang ramai, Ada cadangan menggunakan trompet bagi memanggil
orang ramai datang sembahyang berjemaah di masjid namun cara itu tidak disukai
Rasulullah keran meniru cara Yahudi.Ada Cadangan menbunyikan loceng itu pun
tidak disukai Rasulullah.
Akhirnya datang
Abdullah bin Zaid bin Tsa’labah lalu berkata,” Wahai Rasulullah, malam tadi
saya bermimpi seorang lelaki berjalan mengelilingi saya. Dia memakai pakaian
berwarna hijau dan membawa loceng.Saya bertanya, Apakah loceng itu mahu
dijual?” Lelaki itu bertanya pula.” Awak mahu gunakan ia untuk apa?’. “ Mahu
memanggil orang ramai sembahyang berjemaah” jawab saya. Lelaki itu bertanya
lagi. Mahukah saya tunjukan cara yang lebih baik?” Lalu lelaki itu mengajar
saya begini” Allahu akbar Allahu Akbar, Asyahadu an La ilaha illah, asyhadu
anna Muhammadar Rasulullah, Haiya alas Solah, Haiya alal Falah, Allahu Akbar,
Allahu Akbar, Lailaha illallah”
Rasulullah pun
berkata, “Itu mimpi yang benar. Datangi Bilal, beritahu halitu dan suruh dia
mengumandangkan azan dengan kalimat-kalimat
itu kerana suaranya lebih nyaring daripada suaramu”.
Apabila Umar Al
Khattab mendengar suara azan daripada Bilal, beliau segera menemui Rasulullah
lalu berkata, “wahai Rasulullah, malam tadi saya bermimpi seperti yang saya
dengar itu.”
Nabi Muhammad
mengucapkan alhamdulillah. Sejak itu bilal menjadi muazin di Masjid Nabi. Apabila azan sembahyang subuh, Bilal
menambah kalimah As solatu khairun Minan naum sebanyak dua kali dan Nabi
Muhammad membenarkan. Sejak itu berkumandanglah suara Bilal setiap kali
masuknya waktu sembahyang. Masjid itu akhir yang berjaya menyetukan umat Islam
di Madinah.
Tahun bermulanya azan adalah tahun pertama Hijrah dan
tempat bermulanya azan adalah di masjid Nabi yang di bina di tanah milik anak
Yatim bernama Amru bin Ammarah di suatu tempat bernama Mirbah. Di sini adalah
tempat berhentinya unta yang ditunggang oleh Rasulullah sewaktu mula-mula
sampai ke Madinah. Masjid Nabi yang dibina dengan semangat Gotong Royong telah
berjaya menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri dari pelbagai khabilah.
Suara Azan yang
berkumandang sehingga ke hari ini, diazankan oleh Bilal-bilal telah menyatukan
hati-hati mereka yang beriman, bertaqwa dan tawaduk.. bagi meneruskan kewajipan
yang di tinggalkan oleh Rasulullah kepada umatNya..
Suara Azan telah
mengajak umat manusia, meninggal segala kerja-kerja harian mereka untuk pergi
mengingati Allah S.W.T untuk beberapa waktu@ketika.
Suara Azan telah
mengajak manusia untuk membersihkan jiwa dari kekotoran dunia kepada keindahan
Ilahi.
Suara Azan akan terus berkumandang sehingga ke hari kaimat...
Suara Azan
telah, sedang berkumandang untuk memilih mereka yang mempunyai jiwa taqwa dan
diberi hidayah untuk menyahut seruanNya..
.
Lima waktu suara
mu(Azan) berkumandang telah melatih jiwa-jiwa yang cintakan Allah S.W.T untuk tunduk,
patuh dan berbakti serta meneruskan kesinambungan perjuangan Rasulullah sehingga hari kiamat..
Azan!! Engkau Kekal selama-lamanya.... dalam setiap
hati sanubari mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya..
Azan!! Teliga setiap
manusia ini sebagai saksi mendengar mu
di hadapan Allah S.W.T di akhirat nanti..
Azan! Engkaulah
kehebatan syiar Islam, ketika ucapan lain tidak mampu diucapkan......
Sekian sejarah & kehebatan Azan untuk santapan
setiap mereka yang beriman....